Wakaf Pembinaan Masjid Al-Ariffin

PENGENALAN TAHFIZ AL ARIFFIN

Pusat Tahfiz Al-Ariffin yang merupakan salah satu pusat pengajian al-Quran telah diasaskan oleh Tuan Ustaz Mohd Mukhtar Bin Ariffin bagi meramaikan lagi generasi celik al-Quran yang bakal meneraju dunia dengan agama Islam yang syumul.

Pusat tahfiz yang terletak di Jalan Merang, Belakang Petronas Mukim Merang 21020 Kuala Terengganu ini terdiri daripada pelajar dalam kalangan yang memerlukan khususnya anak yatim dan asnaf.

Penubuhan institusi seperti ini mendapat sambutan yang positif oleh masyarakat setempat yang melihat ia sebagai suatu keperluan untuk melahirkan generasi muda yang arif dalam ilmu agama dan al-Quran.

Disebabkan oleh permintaan yang semakin tinggi, kami mempunyai kesedaran untuk membangunkan sebuah pusat tahfiz yang menawarkan pengajian yang efektif dan kondusif. Namun, kekangan wang yang kami hadapi menjadi penghalang pembinaan bangunan pusat tahfiz ini.

PEMBINAAN MASJID AL-ARIFFIN

Adalah menjadi iltizam utama kami untuk membina sebuah masjid di kawasan tapak ini bagi kegunaan para pelajar tahfiz kelak dan juga unutk kegunaan masyarakat sekitar. Masjid ini akan menjadi pusat Islam dan pusat aktivit kemasyarakatan dan program keagamaan. InsyaAllah.

Justeru, marilah bersama bukan hanya membina masjid tetapi membina pusat Islam dan dakwah serta menjana saham akhirat anda kelak! Lebih lebih lagi, ketika berada didalam bulan mulia, Bulan Ramadhan, pahala kita berlipat kali ganda!

“Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.” (HR At-Turmudzi dari Anas)

JUMLAH SUMBANGAN DANA YANG DIPERLUKAN

Buat masa ini, kami sedang dalam proses membina masjid bagi peringkat awal pembangunan Pusat Tahfiz Al-Ariffin di mana ia dimanfaatkan untuk meneruskan pengajian para pelajar buat sementara waktu.

Jumlah dana yang diperlukan bagi membina masjid ini adalah sebanyak RM5 Juta secara keseluruhannya yang meliputi:


✅ Pembinaan masjid seluas 1 ekar

Pembelian van bagi memudahkan pergerakan para pelajar

Pembinaan rumah imam dan tetamu bagi melancarkan proses pengajian tahfiz ini

Inilah saat yang sesuai buat mereka yang masih hidup untuk berbakti kepada orang yang telah meninggalkan dunia yang fana. Jadikan pahala sedekah sebagai tali buat mereka di sana yang sedang dalam perjalanan ke syurga. Rebutlah pahala yang berterusan untuk pelaburan yang berkekal dengan wakaf masjid sekarang!

SUMBANGAN SECARA MANUAL

BANK: RHB BANK

NO AKAUN: 2-13061-6003419-3

NAMA AKAUN: Pusat Tahfiz Al Arifin

Sila letakkan reference “WAKAF” untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.

Untuk info lanjut, mohon hubungi Tuan Ustaz Mukhtar Seedrin di 6014-8414656.