
Objektif
- Melahirkan pelajar yang lancar membaca dan menghafaz al-Quran, beramal dengan al-Quran serta menjadikan al-Quran sebagai aspek penting dalam kehidupan pelajar.
- Melahirkan pelajar berakhlaq mulia dan memuliakan ibu-bapanya, guru-gurunya , keluarganya menghormati orang lebih tua daripadanya serta menyanyangi orang lebih muda daripadanya.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai asas pengetahuan fardhu ain yang kuat
Sejarah & Perkembangan Semasa
Pusat Tahfiz Al-Ariffin ditubuhkan pada tahun Mac 2021 dengan misi besar oleh Ustaz Mohd Mukhtar Bin Ariffin.
Ustaz Mohd Mukhtar Bin Ariffin mempunyai 2 misi besar iaitu membina sebuah masjid dan juga pusat tahfiz di tapak yang sama, Belaia juga beriltizam untuk memberikan pendidikan asas Al-Quran dan fardhu secara percuma untuk para pelajar di sekitar kampung.
Masalah semasa yang dihadapi ialah pengumpulan dana yang agak perlahan disebabkan kekurangan sebaran dan promosi serta pandemik COVID-19 yang melanda negara.
Adalah menjadi harapan besar beliau dan juga masyarakat sekitar untuk mempunyai kemudahan dan rumah ibadah yang lebih baik dan sebuah pusat tahfiz untuk memberikan pendidikan asas fardhu ain dan membina generasi celik, faham dan amal Al-Quran.
