Sasaran Dana ialah RM2.2 juta. Teruskan membantu dalam mencapai aspirasi bersama!

Pembelian Tanah
Pembelian lot tanah wakaf sebagai tapak untuk pembinaan Masjid Al-Ariffin dan juga pusat tahfiz.

Pembinaan Masjid Al-Ariffin
Pembinaan masjid bagi menjalankan kegiatan pendidikan kerohanian dan aktiviti keagamaan kepada masyarakat sekitar dan pelajar bagi melahirkan persefahaman di samping mewujudkan perasaan muhibbah di antara satu sama lain.

Pembinaan Pusat Tahfiz
Bangunan meliputi kelas, dewan serbaguna, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan.

Utiliti
Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.

Perabot & Peralatan
Kos pembelian perabot seperti carpet, kipas, kitab, rehal, meja, kerusi, air cond, alat bantu mengajar dan sebagainya.

Pengurusan
Pengurusan masjid dan pusat tahfiz bagi melancarkan proses pengimarahan masjid, pendidikan dan kecemerlangan pelajar.
Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Pusat Tahfiz Al-Ariffin
Tonton video penerangan dari Tuan Ustaz Mohd Mukhtar Bin Ariffin, pengerusi Pusat Tahfiz Al-Ariffin
Masjid Memperkasa Legasi Ummah
Pembinaan Masjid Al-Ariffin sekarang sedang berjalan dengan proses meratakan tanah di lokasi pembinaan. Banyak kos-kos yang terlibat yang memerlukan sumbangan am bagi menjadikan pembinaan dan pembangunan masjid ini. Ia akan menjadi pusat Islam bagi masyarakat sekitar dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial. Kami menyeru setiap individu Muslim menunjukkan iltizam supaya memastikan pembinaan rumah Allah ini dapat diteruskan mengikut perancangan yang dibuat.

Memperkasa Generasi Al- Quran
Pada fasa kedua, Pusat Tahfiz Al-Ariffin akan memula proses pembinaan dan pembangunan pusat tahfiz bersebelahan dengan masjid yang dibina. Ia akan memberikan pendidikan asas Al Quran dan fardhu ain dan seterusnya memperkasakan generasi Al -Quran di di sekitar Kuala Terengganu dan Malaysia amnya. Adalah menjadi aspirasi besar kami untuk anda mengorak langkah bersama-sama kami menjadi ia realiti dan terus memperjuangkan dan memperkasakan generasi Al-Quran.

Berita & Post Terbaharu
Tujuh Amalan Yang Membuatkan Pahala Terus Mengalir
JIKA pahala itu kita boleh dilihat nilainya seperti mana nilai wang di bank, sudah tentu…
10 Kelebihan Bersedekah Yang Anda Perlu Tahu
Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat…
Perluas pengetahuan mahasiswa mengenai Matlamat Pembangunan Lestari
MATLAMAT pembentangan Belanjawan 2021 pada tahun lalu adalah untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan…